Labels

Saturday, January 25, 2014

Mak Apan Hilang


Kesian Apan….anak yg taat ngn maknya….
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.
"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.
"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.
Gua punyala terperanjat!
"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".
Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.
****
Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.
"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:
"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",
Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas
padu:
"Dalam sinki penteri."
Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.
MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!
Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.


 

Thursday, January 16, 2014

Untung lah.....Macam2 ade...('',?

Suami : syg ader dekat mane tu?
isteri : tv9 ---> (dekat di hati)
Suami : syg bahagia tak bersama sy?
Isteri : NTV 7 ---> (i feel good)
Suami : knapa syg mengahwini saya?...
Isteri : McD ---> (Im lovin it)
Suami : sejauh mana sy bermakna dalam hidup awak syg?
Isteri : tv3 ---> (inspirasi hidupku)
Suami: kenapa awak cintakan sy?
Isteri : Loreal ---> (kerana dirimu begitu berharga)

*3 tahun kemudian
Isteri: kenapa awak curang.
Suami: astro ---> macam2 ada.. 

SUAMI ISTERI DAN BOLA GOLF



Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.

Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya. Dia menjelaskan, “setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci”. Si isteri berfikir, “30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat”. Habis tu apa kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu? “Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!”.