Labels

Saturday, January 5, 2013

SILAP SMS


Seorang lelaki yang berjauhan menghantar email
kepada isterinya tetapi alamat email telah salah
ditaip lalu email tersebut melencong terus kepada
seorang wanita yang baru kematian suaminya. Selepas
membaca email tersebut wanita tersebut menjerit
lalu pengsan....

Apa ditulisnya..... ?

Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untuk
menunggu kedatanganmu esok...........Ah panas
sekali di sini....

ATOK DAN CUCU


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
" Atok buat apa tu?"
" Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya.
"
Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" 

Friday, January 4, 2013

TAK SIAPA BERANI CURI

Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.

Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.

IKUT JIRAN SEBELAH


isteri: bang,sejuk hati saya tengok
suami jiran sebelah rumah kita.

suami: ape halnya sampai awak sejuk?!
isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.
suami: habis tu kenapa?

isteri: kenapa abang tak buat
macam tu....?
suami: hish!!gila ker awak nie!!!??
mane saya kenal dia!!!!
isteri :  *&#$%^&*%**%

WRONG COLOUR


Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.

Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap     dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

MARKAH 100%


"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.

"
Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

"
Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%." 

DAH KENAL NOMBOR


di sebuah kelas tabika.

CikguZaki, awak dah kenal nombor?
Zaki:     dah, cikgu. abang saya ajar
Cikgubagus. nombor apa selepas tiga?
Zaki:     empat
Cikguselepas tujuh?
Zaki:     lapan.
Cikgulebih besar dari sepuluh?
Zaki:     Jack!!! 

YANG PALING TUA

Di sekolah tabika.

CikguAmri, awak ada berapa beradik?
Amri:    tiga, cikgu
Cikguawak yg paling tua?
Amri:    tak, atuk saya....

KERJA RUMAH


Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU:
Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI:
Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU:
Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

SIAPA NIE ?


Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."