Seorang bos sedang menunggu
staff-staffnya datang ke ofis untuk bermesyuarat. Bos itu sungguh marah kerana
tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan salah seorang staffnya
berlari menuju pintu ofis.
Ang Yii Nii: Bos jangan marah
dulu. Saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini. Saya ada temu janji
tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya
menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang
dan membeli seekor kuda. Sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan
saya berlari 10 km dan baru sampai.
Bos tersebut amat hairan dan
pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi membiarkan sahaja kerana beliau
dapat datang juga. Seketika kemudian 8 orang staff datang dengan keadaan kelam
kabut dan bos pun bertanya setiap seorang dari mereka kenapa mereka lewat.
Bos: Kenapa kamu lewat?
Sasikala Ramiah: Saya ada temu
janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas,
saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa
ladang dan membeli seekor kuda. Sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati
dan saya berlari 10 km dan baru sampai.
Bos itu pelik dan agak hairan
dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah melepaskan staff yang pertama
dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga melepaskan staff yang kedua itu. Dan
setiap staff yang ditanya mengapa mereka lewat dan penjelasan mereka juga sama
dan akhirnya soalan ditujukan kepada staff ke-9.
Bos: Ha! kamu pula, apa pula
penjelasan kamu?
Yanti Rahiza : Saya ada temu
janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas,
saya menaiki teksi tetapi....
Bos: Biar saya teka [bos itu
menyampuk] Teksi tu rosakkan.
Yanti
Rahiza : Bukan. Ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan. Teksi langsung
tidak boleh bergerak.
No comments:
Post a Comment