Labels

Sunday, September 15, 2013

Thank you (kisah Leman kawan Napi)



 Thank you (kisah Leman kawan Napi)


Napi ada kawan nama Leman. Leman ni tak penah gi pekan. Duit Leman memang banyak, hasil bendang tinggalan arwah ayah Leman 20 ekar. Kalau nak beli ape ape, Leman pegi jek kat deretan kedai kecik kat ujung simpang depan tu. Macam macam ada, kedai runcit, kedai basikal boleh kata macam macam kedai lah ada kat deretan kedai lama tu.

Lepas kenduri arwah abah Napi, Leman tertengok la iklan KFC kat tv umah Napi tu. Dengan kerangupan kulit ayam KFC original recipe berwarna perang bercahaya. Uiseyhhh... terpaku Leman tengok iklan KFC tu... Terliur Leman dibuatnye. Leman tanya Napi, kat pekan ada ke KFC. Napi jawab la “mesti ler ade”. Mula la Leman terbayang keenakan KFC macam dalam iklan tadi tu.

Esok paginya, Leman terus mengayuh basikal ke pekan, dah dekat 1 jam barulah Leman sampai ke pekan. Terpusing pusing Leman kat keliling pekan mencari KFC. Akhirnya Leman berjaya menjumpai KFC yang menjadi idaman Leman sejak malam tadi.

Leman masuk KFC terus meluru ke kaunter macam yang Napi cakap malam tadi dan terus memesan menu yang terpapar kat tepi dinding KFC tu. Kena pulak yang ada kat kaunter cashirer tu ayu dan mengancam pulak tu.

Cashier : Ye encik, pesanan encik?
Leman : Saya nak no.1,3 ngan no.5 tu ek…..
Cashier : take away atau makan sini
Leman : take away tu aper?
Cashier : ohh…. Take away tu bawak balik…
Leman : ooo… (Leman angguk tanda faham)
Kalau camtu, take away lah
Cashier : Semua tiga puluh ringgit dua puluh lima sen sahaja encik
Leman : nah (Leman menghulur duit kepada Cik Cashier yang manis tu)
Cashier : Thank you

Leman punye senyum berbunga bunga. Uiseyhhh… awek KFC ni cakap ‘Thank you’ ngan aku.

Malam tu Leman terus jumpa Napi.

Leman : Kau tau Pi, minah jual KFC tu cakap ‘Thank you’ ngan aku tengahari tadi, agak nya ‘Thank you’ tu ‘I love you’ tak….. kan thank you ngan I luv u tu tak jauh bunyi nye tu….
Napi : giler ko, kau tau tak makna ‘thank you’ tu.. ‘thank you’ tu BODOH tau tak…..
Leman : takkan lah, mesti lah I luv u
Napi : aku nak tanya ko, dulu ko berenti sekolah darjah berapa? Ko takat darjah 3 jek tau….. Aku sampai darjah 6…. Mestilah aku tau makne ‘thank you’ tu BOD*H… percaye lah cakap aku.. (Napi agak agak jek pasal Napi tak pernah lulus BI pun.. haha...)

Apalagi, membuak ler kemarahan Leman kat minah KFC tadi tu… “adeke dia kata aku bod*h”. Esok nye Leman terus gi KFC kat pekan. “memang la aku belajar takat darjah 3 jek. Tak macam Napi tu….

Dengan muka mencuka, Leman terus memesan. Kali ni Leman nak pesan banyak banyak. Ape minah KFC tu ingat Leman tak de duit ke nak beli KFC. Walaupun Leman tak berpelajaran tapi duit Leman banyak tau….

Cashier : Ya encik, pesanan encik?
Leman : No.1, 3 ngan 5. Semua tiga set (Leman pesan dengan nada marah)
Cashier : take away atau makan sini?
Leman : take away (uiseyhhh… Leman dah cakap orang puteh)
Cashier : semuanya seratus lapan ringgit, tujuh puluh lima sen sahaja encik….

Leman menghulur RM150.00 kat minah KFC tu sambil mencebik tanda marah.

Leman : kip der chen
Cashier : thank you
Leman : apa thank you thank you. Kau lah thank you (Leman menjerkah)

Semua pelanggan KFC memandang Leman kehairanan. Leman memaling muka kepada pelanggan KFC…

Leman : kau, kau, kau (sambil menunding jari ke arah pelanggan KFC seorang ke seorang sambil berkata) semua THANK YOU

No comments:

Post a Comment