Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki,
mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan
sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah
bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah
memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri.
Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang
dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah
ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung
zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah
faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak
mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang
baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah.
Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk,
Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?
Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya,
pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar
membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum
kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar
nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang
mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah
tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!
Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua
Sawiyah buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin
sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk
dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang.
Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap.
Itu pun sangat-sangat Sawiyah pasti!
"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.
Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug-dag
menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu.
Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah.
Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah
laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan
kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu,
senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon.
Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar
1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul
sesimpul-simpulnya.
Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir
menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru
kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali
Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar.
lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung
kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best.
I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar.
Geli!!!!..."
Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...ternyata benar kata Sameon...
Moral : Mana ada manusia yang sempurna?
JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG........
No comments:
Post a Comment