Labels

Monday, December 19, 2011

Pak Pandir ke Kebun


Pak Pandir ke Kebun

Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya
"Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda
                   "DILARANG MEMOTONG".

Pak pandir moden


Pak pandir moden


Alkisahnya..hebohlah satu kampung..PakPandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. , walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..
Dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat. Sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas.. Sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur.
"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk di belakang...
"eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari)..takpalah nak..pak cik selesa dah kat sini.."
*Mana tak selesanya.. bisnes klass..mati akal pramugari tu.. semua  pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..
Pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada
isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..
Pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.
"pakcik..boleh tengok tiket?" pak pandir kasi tiket..
"Oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"
"yer nak... "
"Taapi pak cik.. kerusi depan nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"
"Yer ker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

Seketul Taik


Seketul Taik

 
Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
“lembik...macam taik."
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!" 

how to prepare kiwi

Lukisan


Lukisan


Cikgu :            Lukisan apa yang kau buat nie Abu,  kosong je?
Murid :            Kuda makan rumput, cikgu!
Cikgu :                        Rumputnya  mana?
Murid :            Sudah habis dimakan kuda, cikgu,
Cikgu :            Habis tu, kudanya  mana?
Murid :            Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, kuda dah kenyang, buat apa kuda tu masih tunggu di  situ?

Muka 10 sen.


Muka 10 sen.


Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.
Anak :                         Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah :                         Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak :                         Tak.
Ayah :                         Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak :                         Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah :             Tambang bas berapa sen?
Anak :                         60 sen.
Ayah :                         Man ada berapa sen?
Anak :                         50 sen saja.
Ayah :                         Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak :             Man ada 50 sen, Man buat muka 10 sen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah :                         ??????

America vs. MAlaysia...


America  vs. MAlaysia....

US:      We have mocha
MY:     We have "NesLo"
US:      We have  cappucino
MY:     We have teh tarik
US:      We have pancake
MY:     We have  roticanai
US:      We have the Golden Gate
MY:     We have the Penang  Bridge
US:      We have "Star Spangled Banner"
MY:     We have "Jalur  Gemilang"
US:      Damn it! What do you have that we don't?
MY:     We  still have our TwinTOWERS! You've lost yours.
US:      You  win... 

Engineer vs. MBA


Engineer vs. MBA


A MBA and an Engineer go on a camping trip, set up their tent, and fell asleep. Some hours later, the Engineer wakes his MBA friend.
"Look up at the sky and tell me what you see."
The MBA replies, "I see millions of stars."
The Engineer asks, "What does that tell you?"
The MBA ponders for a minute:
"Astronomically speaking, it tells me that there are millions of galaxies and potentially billions of planets. Astrologically, it tells me that Saturn is in Leo.    Time wise, it appears to be approximately a quarter past three. Theologically, it's evident the Lord is all  powerful and we are small and insignificant. Meteorologically, it seems we will have a beautiful day tomorrow.     What does it tell you?"
The Engineer friend is silent for a moment, then speaks.
"Practically...Someone has stolen our tent".

Mr.Bean


Mr.Bean


BRAIN TUMOR
Doctor:            I regret to tell you that you have a brain tumor.
Mr. Bean:        Yesss!!! (jumps in joy)
Doctor:            Did you understand what I just told you?
Mr. Bean:        Yes of course, do you think I'm dumb?
Doctor:            Then why are you so happy?
Mr. Bean:        Because that proves that I have a brain!


MR. BEAN WHILE IN GRADE SCHOOL
Teacher:           What is 5 plus 4?
Mr. Bean:        9
Teacher:           What is 4 plus 5?
Mr. Bean:        Are you trying to fool me, you've just twisted the figure, the answer is 6!!

WHILE IN A DRUG STORE
Mr. Bean:        I'd like some vitamins for my grandson.
Clerk:              Sir, vitamin A, B or C?
Mr. Bean:        Any will do, my grandson doesn't know the alphabet yet!!


QUEUING BEHIND HIS FRIEND AT AN ATM MACHINE
Friend:             What are you looking at?
Mr. Bean:        I know your PIN no., hee, hee.
Friend:             Alright, what is my PIN no. if you saw it?
Mr. Bean:        four asterisks!
Friend:             how many women do you believe must a man marry?
Mr. Bean:        16
Friend:             Why?
Mr. Bean:        Because the priest says 4 richer, 4 poorer, 4 better and 4 worse.


CHATTING WITH HIS FRIEND
Friend:             How was the tape you borrowed from me, is it Ok?
Mr. Bean:        What do you mean ok, I thought it's a horror film. I didn't
see any picture.
Friend:             What tape did you took anyway?
Mr. Bean:        Head Cleaner.


Mr. Bean:        (crying) the doctor called, Mom's dead.
Friend:             condolence, my friend.
After 2 minutes Mr. Bean cries even louder.
Friend:             what now?
Mr. Bean:        my sister just called, her mom died too!


MR. BEAN ATTENDING A MEETING
Colleague:       Sorry I'm late. I got stuck in an elevator for 4 hrs because of a power failure.
Mr. Bean:        Thats alright, me too...I got stuck on the escalator for 3 hrs.

Kuda raja


Kuda raja



Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi >berlagak. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu  ROCK dia nyanyi itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.
Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.
Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin bertambah egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya
"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"
maka dengan selambanya budak tu berkata
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.
"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
"cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan >tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya bertalu-talu, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!
"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab
"Nak kena jentik lagi...??"

Tak sedar diri


Tak sedar diri



Diceritakan di dalam sebuah hutan, tinggal la berbagai-bagai jenis binatang..Ada pun dalam banyak-banyak binatang terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan...
Babi :               Isk, boring la plak kan kerbau..
Kerbau :          A'ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi :               Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muka aku dan aku lukis muka kau.
Kerbau :          Hm, ok gak. First kau lukis muka aku dulu pastu aku plak lukis muka kau.
Babi :               Ok. Kau dok diam2..
5 minit kemudian......
Babi :               Hah, dah siap, nah..
Kerbau :          Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muka kau..
Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi..
5 minit kemudian...
Kerbau :          Nah dah siap muka kau yang lawa ni..
Babi :               (Muke tetiba jadi merah) (lalu marah kat anak kerbau)
Ape yang ka! u lukis nie kerbau???
Kerbau :          La betul la ape yang aku lukis tu. (Kerbau tak puas hati)
Babi :               Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..
P/s: kite mesti sedar diri kite nie..jgn asyik duk lupa akan diri kita nie... 

Pramugari


Pramugari



Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari:     (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak:           (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari:     (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak:           (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Pengemis


Pengemis


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa :    Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis :       Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa :    Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis :       Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa :    Banyak juga ya pakcik
Pengemis :       Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa :    Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis :       Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa :    Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga errr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis :       tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

Pelancong


Pelancong


Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi.
“Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan ...kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..“kata pemandu teksi dengan bangga.
Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan berlagaknya.
Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya.
Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.
Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.
Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.
APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan.
Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......
Entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible.
Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.

Suami Isteri Pelupa


Suami Isteri Pelupa



Seorang suami tua menyuruh isterinya yang juga tua pergi ke dapur.
Suami:             Buatkan kopi untuk aku.
Isterinya bangun dan menuju ke dapur.
Suami:             Nanti dulu. Ambil kertas dan pensil. Tulis 'kopi'. Aku bimbang kamu lupa nanti.
Isteri:               Tak, aku tak akan lupa.
Lima minit kemudian isteri datang membawa secawan teh.
Suami:             (Melihat teh) Aku dah kata, kamu memang pelupa.
Isteri:               Abang minta saya buat apa tadi?
Suami:             (Bersuara kuat) Aku kata milo!

Buah Oren


Buah Oren



Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu. Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.
 Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"
Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong  dengan mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang  buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya:
"Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"
Si nenek menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan  orange itu, lalu dia menjawab:
"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

Baju Cinta


Baju Cinta




Seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an)datang menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si mertua terkejut bila tengok menantu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya. Tanpa di tanya, si menantu berkata:
"Saya tengah menunggu suami saya pulang dari berkerja!".
"Tapi kenapa kau telanjang bogel!!!???" marah si ibu mertua.
"Ini BAJU CINTA saya" balas si menantu
"BAJU CINTA ??" si mertua kehairanan
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya"
“Saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan mak" pinta si menantu.
Si mertua faham kehendak anak menantunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si mertua mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara anak menantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan suaminya yang sudah berumur. (Dah tua makin romantik lah tu.....)
Sampai aje di rumah, si mertua tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, pakai bedak banyak-banyak, minyak wangi satu botol. Kemudian si mertua tadi pun menunggu suaminya pulang dari bekerja.
Beberapa ketika suami si mertua tadi pulang, dengan bangganya si mertua tadi menayangkan tubuh badan yang tanpa seurat benang kepada suaminya. (dengan gaya ala... Ziana Zain)
"Kenapa dengan kau nie ... buang tebiat???" marah si suami tadi.
"Ini lah BAJU CINTA bang" kata si mertua tadi
"Hah? BAJU CINTA???" soal  si suami sambil memandang dari atas ke bawah.  Seketika si suami tadi menambah....
"KENAPA TAK SETERIKA DULU ??? NAMPAK SANGAT BANYAK KEDUTNYA"

Gam Super Glue


Gam Super Glue



Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab. Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Cabut esok


Cabut esok



Ada sepasang pengantin baru, mereka sedang menjalani episod malam pertama. Dan pada tengah malam tu, tiba-tiba isterinya mengerang,
"Saaaakiiit, sssssaakiit lagi."
"Jangan nangis Yang, nanti mak ayah dengar. " Suaminya lantas menenangkan isterinya,
Kebetulan bilik mertua bersebelahan. Mendengarkan itu mereka tak senang duduk diam. Malah isterinya tambah kuat mengerang.
“Sudahlah Yang, tahan aje besok baru cabut."
Sang suami cuba memenangkan lagi. Dengan spontan mertua laki-laki bangun & menendang pintu kamar pengantin dan dengan geram berteriak,
"Anak saya boleh mati jika besok baru dicabut!........ CABUT SEKARANG JUGA!" terkejut lah kedua pengantin tu....dan pengantin perempuan pun dgn tersipu-sipu berkata.....
"Abah....tak kan lah sakit gigi pun boleh mati? lagi pun mana ada klinik gigi yg buka 24 jam?"

Janda Dahaga


Janda Dahaga


Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya. Walaupun hatinya berasa sepi ketika waktu ini namun dia tetap teguhkan iman. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, beliau bangun dari katilnya. Badannya terasa panas, tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya...
Setelah meminum air tersebut, beliau kembali ke dalam bilik dan tidur semula.
Sekian. Terima Kasih. Itulah kisah seorang janda yang dahaga