Janda Dahaga
Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja
kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan
mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa
diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya.
Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung
tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya. Walaupun hatinya
berasa sepi ketika waktu ini namun dia tetap teguhkan iman. Lebih-lebih lagi di
waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, beliau
bangun dari katilnya. Badannya terasa panas, tekaknya terasa haus. Beliau
terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke
dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil
sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya...
Setelah meminum air tersebut, beliau kembali ke
dalam bilik dan tidur semula.
Sekian. Terima Kasih. Itulah kisah seorang janda
yang dahaga
No comments:
Post a Comment