Baju Cinta
Seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an)datang
menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah
membunyikan loceng, si mertua terkejut bila tengok menantu perempuannya yang
membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya. Tanpa di tanya, si menantu
berkata:
"Saya tengah menunggu suami saya pulang dari
berkerja!".
"Tapi kenapa kau telanjang bogel!!!???"
marah si ibu mertua.
"Ini BAJU CINTA saya" balas si menantu
"BAJU CINTA ??" si mertua kehairanan
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu
senang MEMAKAInya"
“Saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami
saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai
BAJU CINTA ini di hadapan mak" pinta si menantu.
Si mertua faham kehendak anak menantunya. Dalam
fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam
perjalanan pulang si mertua mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara anak
menantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan suaminya yang
sudah berumur. (Dah tua makin romantik lah tu.....)
Sampai aje di rumah, si mertua tadi menanggalkan
semua pakaiannya, mandi, pakai bedak banyak-banyak, minyak wangi satu botol.
Kemudian si mertua tadi pun menunggu suaminya pulang dari bekerja.
Beberapa ketika suami si mertua tadi pulang,
dengan bangganya si mertua tadi menayangkan tubuh badan yang tanpa seurat
benang kepada suaminya. (dengan gaya ala... Ziana Zain)
"Kenapa dengan kau nie ... buang
tebiat???" marah si suami tadi.
"Ini lah BAJU CINTA bang" kata si mertua
tadi
"Hah? BAJU CINTA???" soal si suami sambil memandang dari atas ke bawah.
Seketika si suami tadi menambah....
"KENAPA TAK SETERIKA DULU ??? NAMPAK SANGAT
BANYAK KEDUTNYA"
No comments:
Post a Comment