Pramugari
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal
terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas
untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka
beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya
ke sinki, seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan
menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh
memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah
diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali
atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya
mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari
muka saudari.
No comments:
Post a Comment