Pak Pandir ke Kebun
Seperti biasa Pak
Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak
Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ye
bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan
berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa
Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda
yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan
tanda tersebut, dia pun pulang hampa.Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula
ke rumah lalu bertanya
"Kenapa
Bang?"
Pak Pandir pun
menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah.
Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda
"DILARANG
MEMOTONG".
No comments:
Post a Comment