Kuda raja
Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja
yang sangat ego lagi >berlagak. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat
patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.
Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja
suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu
ROCK dia nyanyi itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.
Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang
je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika
ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah
lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.
Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah
seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.
Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin
bertambah egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke
arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah
raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya
"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu
duduk wahai budak?"
maka dengan selambanya budak tu berkata
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia
terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg
dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.
"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan
boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati
sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg
sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat
membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang
sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu
raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
"cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik
kat telinganya. Dengan >tak semena-mena kude tu terus menggelengkan
kepalanya bertalu-talu, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak
kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!
"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi
sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab
"Nak kena jentik lagi...??"
No comments:
Post a Comment