Pelancong
Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya
menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara
Daya Bumi.
“Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari
mammar putih.. bila malam ia berkilauan ...kami ambil masa setahun untuk
menyiapkannya..“kata pemandu teksi dengan bangga.
Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan
dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan berlagaknya.
Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan
kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara
Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk
menyiapkannya.
Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk
melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat
disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.
Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu
pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi
tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.
Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che
Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu.
Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.
APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata
Pemandu itu lagi kehairanan.
Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil
menunjukkan KLCC. La......
Entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini
takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible.
Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil
menyesal.
No comments:
Post a Comment